Kenduri nikah kahwin

Dua hari yang lepas,keluargaku bersiap sedia untuk kenduri tahlil yang akan diadakan pada hari keesokannya. Kedua-dua makcik pakcik sepupu sebelah Mak dan Bapak dijemput hadir di kenduri tersebut. Selepas tikar terakhir siap dibentang, Mak berseloroh kepadaku,”Dah, aku dah boleh nikahkan kau besok. Habis selesai, tak payah susah-susah lagi.”

Dengan selambanya aku menjawab, “Ok boleh, tak ada masalah. Lagi murah, lagi bagus!” (Terlupa pula nak merungut, “Mak tak cakap siang-siang, kita tak jemput bakal suaminya!”)

Dan kakakku menambah, “Mak kalau buat macam tu, tentu orang fikir ada benda tak baik dah berlaku, sebab itu tiba-tiba nak dinikahkan.”

Seloroh ibu dan anak begitu membuatku terfikir: itulah masalahnya dengan orang kita. Benda yang baik (pernikahan), yang memang sepatutnya dipercepatkan kalau sudah siap dari segi kematangan dan kewangan (kewangan untuk keperluan peribadi ya, tuan-tuan dan puan-puan, bukan kewangan untuk adakan majlis bak kerabat diraja atau datuk datin), sebaliknya dipandang serong andai benar-benar dipercepatkan. Kalau ikut kehendakku, buat sahaja kenduri nikah kahwin! Biar orang nak kata apa, 5 bulan kemudian kalau perut aku tak membuncit, siaplah satu-satu kena telan kata-kata sendiri.

Suatu lagi masalah orang kita: Sindrom “Apa kata orang?” atau “Tak pernah dibuat orang!” Eh, orang lain tak pernah buat, mereka punya pasallah! Aku pula nak buat, ada kacau hidup orang lain? Aku tak nak pelamin (dan duduk di pelamin selama berjam-jam), aku tak nak pakai mak andam, aku tak nak dihias untuk jadi boneka hidup yang kerjanya senyum sahaja, aku nak buat baju pengantin sendiri yang anggun tetapi cukup ringkas untuk dipakai semula, aku tak nak kuih sepuluh macam, aku tak nak jemput si polan punya makcik punya anak tiri punya laki, ada kacau hidup orang? Orang-orang ini semua, sesiapa pun mereka, ada nak tolong aku bayarkan duit rumah dan perabot dan makan minum elektrik aku laki bini sehari-hari dan bil hospital kalau aku nak beranak?

One thought on “Kenduri nikah kahwin

  1. Pingback: Peti Solek dah jadi Peti Sejuk.. :( « pengantin pelik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s