Sepanjang dua minggu yang lalu…

Orang kita bukan mewah

Tapi kaya budi bahasa

Bahasa mendukung budaya indah

Perkahwinan Melayu itu temanya

Selasa, 3 Julai 2012

Bunga melur daun pandan

Air mawar digaul bersama

Bunga rampai menyuntik kesegaran

Harum wangi indah suasana

Rabu, 4 Julai 2012

Orang kampung menyumbang telur

Telur direbus buat berkat

Berlambang bermaksud si bunga telur

Semoga cepat mendapat zuriat

Khamis, 5 Julai 2012

Lidi dihias berwarna-warni

Dicacak pada nenas kelapa

Suami isteri raja sehari

Berarak diiring si bunga manggar

Isnin, 9 Julai 2012

Pengantin berarak waktu petang

Diiring rentak terus dan selang

Rangkanya baluh mukanya belulang

Alat dipalu itulah kompang

Selasa, 10 Julai 2012

Langkah dibuka membela diri

Juga disusun penuh kesenian

Silat pengantin penuh erti

Ucap selamat sebalik gerakan

Rabu, 11 Julai 2012

Gula Melaka gula Jawa

Tepung pulut bersalut kelapa

Ambil hati ibu mertua

Onde-onde nama kuihnya

Khamis, 12 Julai 2012

Sirih junjung bunga pahar

Hiasan tradisi di kaki pelamin

Saudara sahabat turut bergambar

Kongsi bahagia dengan pengantin

Jumaat, 13 Julai 2012

Beras basmati minyak sapi

Buah pelaga bunga cengkih

Majlis tak lengkap tanpa briyani

Perut kenyang semua tersengih

Sepuluh rangkap tertulis sudah

Penat hamba memerah otak

Dwiminggu bahasa berakhir sudah

Cabaran apa menanti kelak?

5 thoughts on “Sepanjang dua minggu yang lalu…

  1. Pingback: A quick one – marriage and divorce in the Quran « pengantin pelik

  2. Pingback: The Perfect Venue « pengantin pelik

    • For two weeks only, mandated by the ministry (that rhymes! Haha). It was a hectic but fun two weeks though. We turned into wedding planners cum decorators cum makcik-makcik rewang cum tukang buat kuih cum kompang and silat ‘experts’ for those two weeks… As my colleague puts it, buat kerja gila boleh mati berdiri hahahahah.

  3. Pingback: DIY, I try | pengantin pelik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s