Pengantin pelik punya persalinan (part kelima – bahagian keempat)

Ya kakak-kakak, abang-abang, adik-adik! Inilah sambungan daripada part kelima yang ada lima pecahannya. Jadi kalau dulu sudah kutulis tiga pecahan atau bahagiannya, sekarang masanya untuk bahagian keempat!

Kenapa aku asyik pakai tanda seru (exclamation mark) ni? Sebab aku dah ghairah-tak-sabar-melonjak-lonjak-dalam-hati nak jumpa dengan kekasih hati persalinan aku! Ya, saat ini, detik ini, aku dalam perjalanan hendak meredah lautan tambak Johor untuk berjumpa dengan kesemua baju-baju kahwin ku!

Sejak lebih kurang sebulan lalu aku sudah menerima berita bahawa tukang jahit ku sudah selesai menjahit baju nikah, baju sanding dan baju dulang hantaran ku! Termasuk dengan kerja pemasangan manik pada salah satu daripada baju-baju itu. Ketika menerima berita itu memang aku rasa macam malam itu juga hendak terbang ke rumah tukang jahit ku. Tetapi apakan daya, tugas tidak mengizinkan.

Sebenarnya ibuku ada juga menawarkan untuk mengambilkan baju-baju itu untukku, memandangkan hujung minggu itu beliau sendiri akan ke sana untuk menghantar baju-bajunya untuk dipendekkan. Tetapi aku menolak kerana aku lebih suka mencuba baju-baju itu di depan tukang jahit ku, supaya kalau ada apa-apa masalah bolehlah dibetulkannya.

Minggu berganti minggu, tugasan tetap menimbun dan sebenarnya masih ada lagi yang perlu diselesaikan, tetapi memandangkan minggu hadapan pun jadualku agak ketat, jadi segala tugasan itu aku lontar tolak ke tepi dahulu dan hari ini kementelan ku akan bertakhta!

Baik, bas pun dah sampai (ya, aku dan Mak naik pengangkutan awam ke sana, siap dengan beg bagasi yang kecil). Nantikan post selanjutnya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s