Kisah Kek Kahwin

Ini kisah tentang kek kahwin.. oh tidak, bukan kek yang jadi pameran di hadapan pelamin di atas meja pengantin..

Sebab sememangnya aku tak faham amalan potong kek kahwin yang diimport dari budaya lain ini.

(Jangan marah ok akak-akak kahwin di luar sana yang sudah atau bakal potong kek kahwin dan sudah atau bakal bayar beratus dolar untuk kek kahwin masing-masing.. you allz faham dan suka, suka hati you allz okay. Pengantin Pelik di sini sahaja yang tak faham dan tak nak buat macam faham… faham? Cantik tu memang cantik, tapi harganya pula terlebih ‘cantik’, sampai rasanya tak tertanggung hati nak lepaskan duit banyak begitu untuk tunjukkan orang bahawasanya aku ada kemahiran pegang pisau kek atas kek dan senyum untuk bergambar dan suapkan kek kepada cik abang yang baru bergelar laki suami, yang kemungkinan besar akan dengan sengaja menjilat sekali jari-jemariku sampai basah semuanya dengan air liurnya – hahahah)

Baik, kalau ini bukan kisah kek kahwin yang itu, kisah kek kahwin yang mana pula seyy? Kek kahwin dalam bekas kecil jenis berkat old school tu? Oh, tidak juga. Yang aku maksudkan ialah kek kahwin sebagai hadiah di atas dulang hantaran.

Baru-baru ini, cik abang tunangku bertanya padaku, nak terima kek warna apa di atas dulang hantaran? Maka dengan segera dan ghairahnya aku merujuk kepada teman baikku sepanjang perjalanan merancang majlis perkahwinanku, iaitu Cik Adik Giggle Google:

image

image

image

image

image

image

image
image

image

image

image

Yang mana satu pilihan kalbu paling menarik hati you allz?

Aku pun menghantar segala gambar di atas kepada si cik abang tunangku. Dan dengan selambanya aku memberitahunya, aku tak akan ada kek kahwin ala omputeh di majlis belah keluargaku, jadi kalau kek yang bakal kuterima sebagai hadiah hantaran cantik, akan aku (suruh sesiapa) keluarkan dan letakkan di atas meja pengantin. Hah, barulah kek serbaguna namanya! Dan sekarang ni baru aku terfikir, kalau boleh aku nak buat upacara potong kek sampai habis terpotong dan aku sendiri yang letak di atas piring dan berikan sepotong demi sepotong kek kepada ahli keluarga dan saudara-mara tercinta… Barulah ada motive nak potong kek!

Apa pula kata cik abang tunangku? Katanya: Ish.. I kasi kek satu tingkat je tau, bukan bertingkat-tingkat!

Yang itu dah tentulah.. gambar-gambar tu buat contoh sahajalah!*insert sound effect: twang twang twang*

Ok, itu je… BaiBye!

4 thoughts on “Kisah Kek Kahwin

  1. nice cake.. anyway one of my sepupu cake tiga tingkat and cost 300 plus..in the end the whole cake buang..takda byk org minat this type of cake..sayang the money.. :-0

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s