Strike #1.5

Okay here’s an update from Strike #1.

This past week has been a wedding-errand packed week! I’m really glad we chose to get married in December because November and October are my ‘free and easy’ days at work, even with ‘outstation’ duty, so I don’t feel like I’ve got too many things on my plate, what with running wedding-related errands and work being the way work is. I’m a bit bad at multi-tasking – the mister would say I can’t at all, so yeah, being freed up at work is a big help.

So here’s what we, or I, did this whole week:

Continue reading

Pengantin pelik punya persalinan (part keenam) aka What Makes a Good Wife – Criteria #2

News flash! News flash!

Well as you can gather, this isn’t a critical review of the marriage preparatory course we attended last week (of which the deadline I so have to extend to ‘within the month’ from ‘within the week’ because I have set my mind on dedicating this weekend to being productive, work-wise, personal space-wise).

So back to the news flash! Well it’s a turnaround from my low-cost, low-frills, stretch-my-dollars wedding budget motto: I’m going to have full-on bridal outfits from a proper bridal, the kind with a proper, retail shop!

Why the turnaround?

Continue reading

Peti Solek dah jadi Peti Sejuk.. :(

Dalam keasyikan berangan-angan dan memasang impian melaksanakan majlis perkahwinan yang menentang arus kelaziman, aku tidaklah sepenuhnya menolak kemungkinan melakukan apa yang sudah menjadi kebiasaan. Berhubungan dengan ideaku menempah sendiri busana pengantinku, aku tetap juga meninjau-ninjau pilihan yang ada di luar sana bagi butik pengantin dan khidmat andaman yang boleh menepati citarasaku. Sewaktu membaca sumber rujukan nombor satu ku bagi majlis perkahwinan Melayu / Muslim (apa lagi kalau bukan forum CozyCot), aku menemukan butik pengantin dan khidmat andaman Peti Solek The Bridal Room.

Kisahnya ibarat jatuh hati pandang pertama. Nama ‘Peti Solek’ sahaja sudah menarik hati kerana keunikannya, ditambah-tambah lagi dengan serangkap pantun yang memulakan penjelasan ringkas tentangnya. (Aku ini pencinta Rossa pantun.) Pabila kulihat contoh hasil kerja tangannya (di laman Facebook, mana lagi), semakin terpaut hatiku untuk mengambil khidmat dua beradik ini. Saksikanlah sendiri di sini! Antara yang paling kugemari – sentuhan solekan pada pelanggan yang bernama Hidayah buat majlis pertunangannya. Penggunaan rona-rona yang sesuai dengan nada kulit pelanggan, tanpa merubahnya menjadi terlalu cerah, solekan pembayang mata yang cukup mempesonakan, warna bibir yang bervariasi (bukan hanya merah jambu seperti boneka), semuanya kusuka, SUKA, SUKA SEKALI!

Aku pun mengorak langkah menghubungi mereka melalui e-mel. Temujanji pertama menghadapi halangan, seolah-olah membayangkan apa yang akan berlaku kelak. Aku terpaksa membatalkannya kerana kesuntukan masa. Akhirnya pada 7 Jun, dapat juga aku bertemu dengan mereka di butik di rumah mereka, ditemani Mak yang sanggup menempuhi perjalanan sejam dalam MRT (aku dari Clementi, selepas menjalankan tugas di University Town, sedangkan Mak dari kediamanku di hujung tanjung).

Dua adik-beradik Yana dan Yaya Yusoff melayan kami dengan mesra. Hatiku semakin tertarik untuk mengambil khidmat mereka apabila mereka mendedahkan sumber inspirasi bagi koleksi terbaharu mereka yang masih dalam pembikinan; rupa-rupanya, citarasa mereka betul-betul sama denganku kerana gambar-gambar dari majalah yang menjadi sumber inspirasi mereka merupakan gambar-gambar yang sama yang telah kukoyakkan dari majalah untuk dibuat rujukan! Macam sudah serasi betul! Jiwaku yang memang sentimentel sudah pun mula berbunga-bunga (sumpah tak bedek) memasang harapan mengambil khidmat busana dan andaman mereka. Namun, aku tidak pula terburu-buru mengambil keputusan dan meletakkan wang cengkeram, kerana waktu itu aku belum lagi dapat berbincang dengan cik abang tunangku (agaknya dalam blog ini sahajalah aku akan menggunakan gelaran ‘abang’ untuknya; kalau di luar eeee gelinya.. – sempat pulak berlawak eh, ni cerita sedih lah Zakiah!) Maklumlah, member tu waktu itu sedang berjuang di medan peperangan peperiksaan. Untuk siapa? Untuk masa depan aku juga, untuk masa depan kami berdua (awwwww…) Jadi aku tidak mahu mengganggu perhatiannya dengan cerita kahwin-kahwin ini. Memandangkan aku memerlukan masa untuk berbincang dengannya, Cik Yana dan Yaya Yusoff dengan murah hati memberiku tempoh empat hari (hari itu hari Khamis, jadi aku ada hingga hari Ahad) untuk membuat keputusan. Dalam tempoh empat hari itu, mereka tidak akan menerima permintaan bagi khidmat andaman untuk tarikh majlisku.

Aku tahu aku tidak mungkin memberi kata putus pada hari Ahad, sebab peperiksan cik abang tunangku adalah pada hari Isnin. Namun aku pasrah sahaja kerana aku segan meminta tempoh empat hari itu dipanjangkan lagi (aku faham, orang berniaga tentu juga tidak mahu melepaskan peluang lain yang datang, sedang peluang di depan mata belum pasti dapat). Sebaik sahaja cik abang tunangku selesai kertas peperiksaannya, kami bertemu untuk makan tengah hari dan aku menceritakan dapatan daripada temujanjiku bersama Peti Solek. Dia membuat beberapa panggilan, bertanyakan pendapat tentang sebut harga yang diberikan Peti Solek pada temannya yang baru berkahwin dan akan berkahwin, kemudian dia mengajakku ke rumahnya untuk bertanyakan pula pendapat ibunya. Semuanya berkata, sebut harga yang diberikan wajar dan boleh diterima.

Namun, aku tidak terus menghantar e-mel untuk memberi kata putus kepada Peti Solek. Sebabnya, hari seterusnya (Selasa), aku berangkat ke Subang Jaya, Malaysia untuk majlis perkahwinan teman baikku. Idea ‘gila’ku untuk menempah busana pengantin sendiri masih berlegar di fikiran dan niatku nanti di KL, aku dapat ke kawasan Masjid India untuk melihat-lihat kain yang mungkin boleh kubeli untuk dibuat busana pengantin, atau sekurang-kurangnya baju nikah. Sekembalinya aku ke Singapura pada 18 Jun, aku mengambil masa sehari untuk berehat, kemudian perlu melaporkan diri di tempat kerja, kemudian bersiap sedia untuk majlis kenduri arwah keluargaku, kemudian kerja semula, sehinggalah semalam baru aku sempat menghantar e-mel yang panjang lebar kepada Peti Solek. Antara kandungannya, aku bertanya jika mereka boleh menambahkan apa-apa kepada pakej $1200 mereka selain dua pakaian pengantin perempuan sahaja dan solekan serta khidmat mak andam buat majlis 2 hari (pakaian pengantin lelaki tidak dimasukkan ke dalam pakej atas sebab tertentu; tawaran yang semacam kurang berbaloi itu juga yang membuatku teragak-agak untuk terus mengambil khidmat mereka).

Selepas menghantar e-mel panjang lebar itu aku tertunggu-tunggu dan menjadi obsesif menyentuh ikon ‘update’ bagi akaun e-mel di iPhone ku, mengharapkan berita baik daripada Peti Solek. Harapan yang menggunung jatuh berkecai apabila aku menerima balasan yang lebih kurang berbunyi, ‘maaf, tarikh majlis awak sudah diambil oleh pelanggan lain’. Buat penat sahaja taip e-mel panjang lebar (kalau aku tahu aku hantar dahulu e-mel bertanyakan jika tarikh itu masih belum ditempah pelanggan lain, barulah aku teruskan dengan soalan / penerangan panjang lebar), dan yang lebih mengesankan, sedihnya! Hatiku sebelum menerima berita itu seperti sudah menerima firasat bahawa aku akan dikecewakan, tetapi apabila aku benar-benar menerima e-mel sependek tiga, empat baris itu, aku tetap seperti tidak percaya nasibku yang macam kentang. Padahal selepas sahaja temujanjiku dengan mereka, aku ingat bahawa aku ada memberitahu diriku sendiri: Jangan terlalu ghairah Zakiah, jangan terlalu suka, jangan terlalu mengharap. Bukankah sebelum ini berkali-kali kau dikecewakan apabila meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk apa-apa perkara sekalipun? Bukankah kau sudah serik melayan kekecewaan? Bukankah lebih mudah menjalani hidup tanpa jangkaan, kerana dengan itu apa pun perkara yang berlaku, kau boleh menghadapinya tanpa apa-apa rasa hampa?

Tapi, akulah manusia paling degil. Dahlah nasihat orang lain susah aku terima, nasihat diri sendiri untuk kebaikan diri sendiri pun aku tak dengar. Memang padanlah muka tu.

Agaknya baik jugalah aku tak dapat khidmat andaman Peti Solek. Sememangnya aku perempuan yang suka perasan diri sendiri cantik dan berangan memikirkan pujian orang nanti tentang solekanku pada majlis perkahwinanku. Itu semua jalan ke arah kesombongan dan kemegahan diri, bukan? Sedangkan aku sendiri sudah belajar, kesombongan dan kemegahan diri itu sifat yang dibenci dan boleh menjejas kerohanian diri serta hubungan dengan yang Maha Sempurna. Dan bukankah misi ‘berbelanja-serendah-mungkin-untuk-majlis-perkahwinanku’ sebahagian daripada usaha besar mengurangkan keprihatinan terhadap ‘apa orang dan dunia kata’ demi melebihkan fokus kepada ‘apa Tuhan kata’? Biarlah aku kecewa lima minit ini (oklah mungkin lima jam, atau lama sikit, lima puluh jam). Lama-lama kekecewaan itu akan pudar dan aku tidak begitu peduli sangat akan rupaku nanti sewaktu majlis perkahwinan. Yang pentingnya tenang dipandang orang. Yang pentingnya NIKAH! Itu sahaja. Sekian terima kasih.

Pasca skrip: Penulisan itu benar-benar suatu terapi. I feel better already. 🙂